Monday, December 27, 2010

Gemuruh Double Trouble ... hari kejadian


25hb hari tu aku gi tgk Gemuruh DT kat Surf Beach, Sunway Lagoon. Konsert DT yang ke-tujuh dan penutup bagi tahun ni. Aku dengar2 next year DT nak masuk 'Istana'. Kira yang ni kali ke-dua la aku sempat tengok (yg first, 24 Julai 2010 kat Stadium Utama Kompleks Sukan Tawau, Tawau, Sabah...siri ke-empat).


Aku gi ngan 2 lagi sahabat. Masa sampai kat Sunway Lagoon aku tengok org dah ramai. Sesak betul. Aku tak bawak kamera masa tu, sbb aku cuma ada lens pendek yg sesuai utk ambik gambar dekat2 je. So, sori la ye gambo best2 takde (mcm la aku ni ambik gambo cun sgt kan..huhuhu). Gambo pakai henpon je la. Dah dapat masuk ke dalam, tempat konsert DT ni kat area Surf Beach, kena turun tangga lagi. Jauh gak la. Tapi bagus utk mereka yg berbadan XL mcm aku ni, cepat berpeluh...tak yah tunggu konsert start.....kekekeke. Dah sampai kat situ, org dah ramai dah. Kat booth jual tshirt pun mak aih...sesakkk...bnyk size dah habis. Nasib baik la aku dah beli by pos.


Ok, aku tengok tak macam kat Tawau la crowd yg dtg. Aggaran aku lebih kurang (anggaran ok, kalau silap tu paham2 je la..anggaran) ...ramai la..hahaha..10 ribu ada kot. Mula2 kitaorg kat belakang, belah Wings. Dah tu mencelah la ni, konon nak gi ke depan sekali, at least dpt port(dy) tengah pun ok gak. Tapi laluan dihalang oleh pagar. Diorg pisahkan dengan DiGi punya customer. Yang ni aku tak tau. Tiket harga sama.


So, kitaorg tak dpt la nak gi depan kan, aku tgk diorg punya pass masuk gelang kuning siap ada tulis dewasa lagi, yg kami ni kaler hijau, takde tulis apa. Takpe la, layan dari jauh pun ok gak (dlm hati bengang). Kedudukan kitaorg masa tu dekat ngan cameraman blakang.


Opening act malam tu oleh Hillary (ex-Search), Sham (ex-Wings), bassist aku tak kenal dan vokal oleh Azlan (A&Typewriter, ex-MUH). Diorg Cover lagu Fantasia Bulan Madu dan Intan ku Kesepian versi akustik. Tapi sebelum tu intro sekejap lagu Mentari Merah ngan apa satu tu aku pun lupa. Kemas la diorg bwk. Suara Azlan tu kan tinggi gitu. Huhuhu. Ok la, ak terhibur, yg lain pun aku tgk terhibur. Gambar kat bawah. Tak terang, sori.


Habis je diorg punya set, baru la Search dan Wings masuk. Macam biasa la intro lagu cover Iron Maiden, The Ides of March. Aku rasa kalau diorg bwk intro yg dlm album DT 1st tu pun ok apa, bagi masuk je la part2 gitar nak goreng2 perisa 3 rasa ke, sweet n sour ke....or gubah satu lagu utk intro yg baru. Pendapat je ok. Tapi sound macam ada sikit kureng. Macam tak belen. Dari telinga aku la. Lepas tu, lagu2 yg dibawak mlm tu.....baca la setlist diorang kat bawah ni.

Setlist Gemuruh Double Trouble @Sunway Lagoon

Set SEARCH + WINGS (tanpa Awie + Amy)
1) The Ides Of March (cover Iron Maiden)

Set WINGS:
2) Balada Pemuzik Jalanan (Vocal by Amy of Search)
3) Inspirasi Taming Sari
4) Romania

Set SEARCH:
5) Opera Hidup (Vocal by Awie)
6) Paranoid
7) Gothik Malam Edan

Set WINGS:
8) Jerangkung Dalam Almari
9) Orang Kita
10) Bujang Senang
11) Sejati (+ pemain2 biola, sori nama grup ciki2 tu aku tak tau)

Set SEARCH:
12) Cakap Memang Murah
13) Pelesit Kota
14) Mentari Merah Di Ufuk Timur
15) Pawana (bersama violin players)

16) Solo by KID of SEARCH
17) Solo by JOE of WINGS
18) Gelap Nan Terang (Joe + Kids, dan violin players)

Set SEARCH + WINGS
19) Medley (Rozana, Semalam Yang Hangat, Gadisku, Taman Rashidah Utama, Meniti Titian Usang, Misteri Mimpi Syakila)
20) Rock N' Roll Lu Punya Suka
21) Pasti

So, secara menyeluruh:
- Aku enjoy, walaupun ada jurang pemisah antara crowd...tiket bayar sama je...tapi ada pemisah tu yang aku tak tahan tu...lain la kalau tiket bayar asing2...ada sesiapa tau kenapa? aku tak tau.
- Sound ok ye, tak berapa ok pun ye gak la...tapi bukan bermakna tak ok langsung.
- Vokal Amy bnyk tak sampai.
- Org depan aku tinggi sikit dari aku, dia kat pagar, aku blakang dia. Kadang aku tak nampak kat depan.
- Masa lagu Gelap Nan Terang mcm tak selari je bila dekat last2 part tu.
- nama Kak Limah dan Husin famous....ceciter, ceciter..huhuhu
- Aksi Din tak macam DT kat Tawau, kat Tawau dia memang the BEST.
- Kasut member aku kena air sikit, tiba2 je air kat Surf beach tu ada.
- Lagu Paranoid macam tak ramai yang tau, sebab tak ramai yang ikut nyanyi.
- Eskalator nak kluar tempat tu tak jalan.
- Bootleg tshirt tak lawa. Jual kat luar sunway lagoon. Huhuhu.
- Sori en.matakucing dan en.pakcik kordi sebab tak dpt jumpe korang. Asyik terlepas je tempat nak jumpa. huhu. Ada rezki kita jumpa gak.
- Nak tulis apa lagi...tu je la.

Ok, babai.

Monday, December 20, 2010

Gemuruh Double Trouble

Langkah kanan betul... hahahaha...

Aku tau awal pun dari akaun facebook aku.
Setelah tak puas hati tengok DT kat Tawau, bukan sebab show diorang tak best, tapi lagu sikit sangat, tak sama macam DT KL or DT JB.

Aku harap kali ni lagu fav aku Mabuk Tujuh Lautan ada berkumandang. Hehehehe. Hari tu masa gi Tawau, nak tgk DT, nyaris en.Jairo nak muntah sebab aku asyik putar lagu ni.. hehehehe... kesudahannya, aku hampa diorg tak bawak. Tapi aku enjoy ngan 10 jam perjalanan + 500 lebih km (KK-Tawau), dan show kedua-dua band.

Ni dia tiket...


Tiket dah ada, tshirt... alahai... aku kalau balik sini, tshirt rock kompom tak bawak.. kekekekeke. Tshirt si Bender ada la. Takkan nak tengok pakai tshirt Bender of Futurama kot? Last-last aku gi kontek Grousiey, yg print baju diorang. Mula nak pegi ngan member hari Ahad lepas, tapi dia cakap Ahad tutup, so beli tiket je la masa tu kat Pertama Kompleks. Tak dapat gi kedai dia tak bermakna tak bleh beli, sekarang shopping dari rumah je. So, aku bank-in kat Grousiey dan 2 hari selepas tu...



Tshirt DT KL. Ni lagi satu, kat Tawau official tshirt guna silk-screen, dye putih mcm dulu2 punya. Tapi masa tu aku beli gak la. Walaupun tak lawa macam ni, plastisol printing. Balik besok ada masa aku upload.

Wokey... kalau dapat aku snap gambar nnti, aku snap la. Aku tak bwk kamera aku, guna henpon je la. Aku nak enjoy tengok live diorang.

Ok bloggers...Rock N Roll Lu Punya Suka.

Sunday, December 12, 2010

December

Tiket Maiden dah ambik. Senang hati dah ni. Skrg ni nak tunggu hari kejadian saja lagi.

Cuti ada lagi 3 minggu. Aku tak gi melancong mana-mana pun masa cuti ni. Gi round2 shopping kompleks je.

Anak aku kalau aku bawak jalan macam2 perangai. Yang besar nak Ultraman, yang kecik ok, tapi kalau dia nampak benda yang dia suka, mau satu shopping complex tu dengar dia jerit panggil "abah! abah!". Sabar je la. Hehehe.

Kali ni nak share sikit foto2 diorg pula, in black and white mood.


Ebony and ivory live together in perfect harmony


Side by side on my piano, keyboard, oh Lord, why don't we?


We all know that people are the same where ever we go


There is good and bad in everyone


We learn to live, we learn to give each other

What we need to survive together alive




Tuesday, November 23, 2010

November

Wow...bulan sebelas dah dekat nak habis...
Tak lama lagi bulan dua belas a.k.a Disember.
Pastu bulan Januari..tahun 2011 pula.
Dan yang ditunggu-tunggu semestinya bulan Februari tahun depan..hehehehe..

Lambat lagi bulan Februari, tiket pun belum ambik lagi ni..hehehe..
Cerita lain la pula..
Ni gambar anak pompuan aku.

Susah betul nak ambik gambar budak umur2 macam dia ni.....kita kata cheese...dia buat tak tau je....so dari bnyk2 gambar yg aku ambik semalam...cuma ni je la yang best bagi aku.....hehehehe.

Abang dia mana??
Abang dia pi layan game ngan sepupu dia daa...


Ok la, dah tak tau nak tulis apa lagi ni..
Oleh sebab skrg ni bulan November...
jom kita layan lagu kegemaran aku ni, mungkin gak kegemaran korang yg baca blog aku yg main hentam je ni.
November Rain dari Guns N' Roses.
Enjoy.

Wednesday, October 20, 2010

DT @JB

19 Okt, 6:06pm

"Dah kuar dvd double trouble live kat jb.."

SMS dari member aku yang dah bermastautin kat Shah Alam.
Nak cari area Membakut ni mana ada wei...
Gi Beaufort pun sama gak...nak tak nak kena turun KK gak....

Weekend ni...hmmmm...harap2 la dapat turun...

Monday, October 4, 2010

Don't Know What You Got (Till It's Gone)




Dua tiga hari ni asyik je dengar lagu ni kat youtube. Bukan apa beb, teringat balik la zaman masa lagu ni rilis.
Tahun 1988 punya lagu dari album ke dua Cinderella, Long Cold Winter.
Tape album ni masa zaman tu abang aku yang beli. Aku tumpang dengar je. Hehehehe.
Tak pasti la sama ada masih lagi ada dalam simpanan kat rumah mak aku atau dah kena tapau ngan rakan-rakan-seluar-ketat-masuk-guna-beg-plastik abang aku tu.
Nanti senang-senang aku try cari...kalau jumpa aku upload kat blog ni. Best album ni.
Aku ingat nak cari la CD diorang ni balik. Harap-harap ada la yang jual murah kat egay tu.
Tom Keifer punya vokal memang best aaa..


Don't know what you got till it's gone
Don't know what it is I did so wrong
Now I know what I got
It's just this song
And it ain't easy to get back
Takes so long

Friday, October 1, 2010

Don't Cry

Hari ni sempena 1 Oktober (takde kaitan langsung), aku nak kongsi ngan korang benda yg aku ada. Ni dia.


Dua versi single Don't Cry, Guns N' Roses. Yang kecik tu versi CD, dan yang besar tu versi piring hitam legam 7 inci.

1991 punya rilisan. Tahun aku baru nak berubah tone suara. Hehehe. Tapi cd ngan 7 inch ni aku baru dapat tahun lepas sebenarnya. Dapat dari gedung mana lagi kalau bukan egay. Kebetulan murah, aku tekan je la papan kekunci (huhuhuhu...papan kekunci...)....Nak harap kat kedai kaset/cd kat KK, memang takkan jumpa punya la. Lagi pun aku suka lagu ni. Dalam hati ada taman beb..hahaha. Dulu dengar kat kaset kuning ngan biru, abang aku punya je. Zaman2 naik bujang dulu, zaman2 tone suara berubah.

Kat atas ni gambar kat belakang CD dan 7 inci tu. Aku suka la art kat belakang ni. Lawa logo diorang ni. Dari dulu lagi teringin nak beli tshirt yang ada logo diorang ni.

Versi CD ada 3 lagu, 2 versi biasa dengar sebab ada dalam album use Your Illusion Part I (original lyrics) and II (alt. lyrics) dan 1 lagi versi demo...dan aku suka versi demo ni sebab bunyi dia raw. Nak dengar bleh cari kat youtube. Versi piring hitam legam pula ada dua lagu je. Lagu yang versi demo takde.

Packaging versi CD beza sikit ngan 7 inci. Versi CD bentuk gatefold, 7 inci tak. Nampak tak tulisan Free Wembley Stadium Commemorative sticker tu? Oleh sebab benda ni used, so aku tak dapat la sticker tu, mungkin mamat sebelum ni dah tampal kat tandas rumah dia kot.

Ok la beb, don't you cry tonight aaaa. Hahaha.

Wednesday, September 29, 2010

Polaroid...Poladroid

Aku nak share ngan korang la satu benda ni...link dia kat sini.

Output lebih kurang sama mcm Polaroid dulu2; dari segi kaler dan nak tunggu gambar siap (versi betul kena kipas2 kan, versi ni pun sama, tp kat skrin komputer korang la...grab dan kipas sendiri...nak biar pun boleh). Tapi gambar asal korang akan dicrop la.

Ni hasil yg aku buat. Enjoy.

Bunga api jenis ni tak banyak asap


Izz Darwish...sblm raya rambut dia ni dah kena potong..nenek dia kat Kajang kata macam org sakit je rambut macam ni..huhuhu


Skrg dah pandai ambik gambar sendiri guna henpon mak dia. Tapi yang ni aku ambik la.


Khadeeja...suka senyum dan gelak


Darwish & Caca


Khadeeja Maira


Pacifier?


Yang ni Khadeeja tengah tido kat walker dia


Eddie Dewanaga... oooppsss!!

Monday, September 27, 2010

Testing




Ni sebenarnya gambar lama, testing 50mm aku sejurus selepas diambik dari kedai yang berjaya melakukan pembedahan terhadapnya akibat terjun tiruk dari atas meja makan...huhuhuhuhu...

Hi world!!

Tuesday, March 30, 2010

Update

Nanti je la aku update blog ni.
Ok.

Monday, February 22, 2010

Headache

Aku tak tau la.. asal hari Isnin je badan mesti rasa tak sedap.
Last-last sakit kepala.
Siapa tau o-bat dia?

Layan je la..

Thursday, February 11, 2010

Kasut

Banyak tempat dah dia ni dipijakkan..
Antara kasut paling lama aku gunakan..
Banyak kali gak disewa tanpa bayaran..
Antara yang banyak bawa kenangan..


Tapi sekarang dia dah direhatkan..
Sampai bila.. entah la aku pun tak bleh bagi jawapan..


Sunday, February 7, 2010

Antara Hujan dan Airmata

Antara lagu Allahyarham Sudirman yang aku suka dengar.
Semoga korang yang buka blog aku hari ni terhibur.
Teka siapa yang main gitar untuk lagu ni.. huhu.


Friday, February 5, 2010

21st Anniversary

Bukan anniversary perkahwinan aku.. tapi anniversary kumpulan WINGS... haha.. virus... haha.. virus WINGS kat blog.. hahahahahaha
Patut tahun ni dah 23rd Anniversary.. Lambat betul rilis..
Aku baru beli tadi. VCD tak sempat tengok lagi. CD baru satu disc habis putar.
Nak review? Malas aaa.. Official rilis CD ni aku tak tau bila. Tapi rasanya macam baru lagi ni. Aku tanya amoi Speedy tu, tanya dia versi DVD ada ke tak.. tapi dia kata belum ada lagi.. jawapan standard. Saja aku tanya walaupun aku dah tau jawapannya.. dalam erti kata lain.. aku menggatal sikit..huhu sikit je.. Err.. aku sempat tengok versi LP Norah Jones.. ada gak jual LP kat Speedy ni.. tapi tu je la satu-satunya LP yang aku tengok ada kat situ. Nasib baik la aku tak minat.. kalau tak rabak gak poket.

Ok..jom tengok benda panas ni. Ni rakaman masa WINGS buat gig kat Planet Hollywood tahun 2008, bersempena ngan 21st Anniversary diorg. Aku nampak ada 2 jenis format je tadi, CD dan VCD. Kalau ada format DVD, kompom aku beli gak.

Yang kaler biru tu versi CD, yang merah tu VCD. Inlay sama untuk kedua-dua jenis format ni. Yang beza cuma kaler design je.

Cover belakang. Ada 18 lagu. Ada lagu yang tak masuk ke?

Kalau versi CD, kat dalam tu ada gambar Joe, Eddie dan Awie. Black tak nampak sebab dia black kot. Huhu. Tapi versi VCD cuma kaler putih je.

Ni inlay dia. Satu kaler biru dan satu lagi kaler merah. Yang merah tu cantik...tapi macam biasa la, stiker tak reti-reti nak tampal kat casing. Nak gak tampal kat cover. Cis..bengong!!

Aku ambik gambar inlay CD je.. sebab sama je ngan inlay VCD. Ok.. discography WINGS kat dalam inlay. Banyak lagi yang aku takde rupanya..huhu..

Yang raya tu rupanya ada dua versi.. err..sapa yang ada angkat tangan.. aku takde.. so aku nak tanya.. lagu kat dalam Puisi Aidilfitri ngan Raya Bersama Mus tu sama tak?

Ni kat dalam inlay. Gambar2 masa diorang LIVE tu le.

Featuring: Jojet, Ito, Mel, Hillary dan Sham.

Design tshirt tu menarik gak.. Ok la. Malas dah aku nak taip panjang2. Cukup lah ye. So Ijau..bila mau beli?? Selamat mencari di kedai2 CD yang berdekatan ngan tempat tinggal anda.

"Hanya satu harapan kita
Sama-sama bersatu suara..
Suara... SATU suara!!"

Wednesday, January 20, 2010

Alopecia Areata

Kena lagi.
Hari tu dah sembuh belah kiri.
Ni belah kanan pula.
Antara punca yg aku baca salah satunya stress.
Tak tau la betul ke tak.
Aku stress ke?
Huhuhuhu

Iklan sikit:
Ni takde kena mengena ngan alopecia areata.
30hb ni band aku bakal beraksi lagi. Kalau korang free masa tu, jom layan. Huhuhu.

Friday, January 15, 2010

Pagi Yang Gore

Pagi tadi sebelum gi kerja, wife aku bgtau ada tikus putus kepala kat depan pintu rumah aku . Ni gambar dia.Perghh.. mmg kejam la. Tapi nak buat camne kan.. dah macam tu takdir dia. Aku pasti kerja ni dia yang buat. Memang dia marah ngan aku tu. Aku tau. Sebab aku tak bagi dia masuk rumah aku. Huhuhu. Bukan orang daa.. kucing liar daa.. Selamat Tahun Baru 2010..