Monday, February 22, 2010

Headache

Aku tak tau la.. asal hari Isnin je badan mesti rasa tak sedap.
Last-last sakit kepala.
Siapa tau o-bat dia?

Layan je la..

Thursday, February 11, 2010

Kasut

Banyak tempat dah dia ni dipijakkan..
Antara kasut paling lama aku gunakan..
Banyak kali gak disewa tanpa bayaran..
Antara yang banyak bawa kenangan..


Tapi sekarang dia dah direhatkan..
Sampai bila.. entah la aku pun tak bleh bagi jawapan..


Sunday, February 7, 2010

Antara Hujan dan Airmata

Antara lagu Allahyarham Sudirman yang aku suka dengar.
Semoga korang yang buka blog aku hari ni terhibur.
Teka siapa yang main gitar untuk lagu ni.. huhu.


Friday, February 5, 2010

21st Anniversary

Bukan anniversary perkahwinan aku.. tapi anniversary kumpulan WINGS... haha.. virus... haha.. virus WINGS kat blog.. hahahahahaha
Patut tahun ni dah 23rd Anniversary.. Lambat betul rilis..
Aku baru beli tadi. VCD tak sempat tengok lagi. CD baru satu disc habis putar.
Nak review? Malas aaa.. Official rilis CD ni aku tak tau bila. Tapi rasanya macam baru lagi ni. Aku tanya amoi Speedy tu, tanya dia versi DVD ada ke tak.. tapi dia kata belum ada lagi.. jawapan standard. Saja aku tanya walaupun aku dah tau jawapannya.. dalam erti kata lain.. aku menggatal sikit..huhu sikit je.. Err.. aku sempat tengok versi LP Norah Jones.. ada gak jual LP kat Speedy ni.. tapi tu je la satu-satunya LP yang aku tengok ada kat situ. Nasib baik la aku tak minat.. kalau tak rabak gak poket.

Ok..jom tengok benda panas ni. Ni rakaman masa WINGS buat gig kat Planet Hollywood tahun 2008, bersempena ngan 21st Anniversary diorg. Aku nampak ada 2 jenis format je tadi, CD dan VCD. Kalau ada format DVD, kompom aku beli gak.

Yang kaler biru tu versi CD, yang merah tu VCD. Inlay sama untuk kedua-dua jenis format ni. Yang beza cuma kaler design je.

Cover belakang. Ada 18 lagu. Ada lagu yang tak masuk ke?

Kalau versi CD, kat dalam tu ada gambar Joe, Eddie dan Awie. Black tak nampak sebab dia black kot. Huhu. Tapi versi VCD cuma kaler putih je.

Ni inlay dia. Satu kaler biru dan satu lagi kaler merah. Yang merah tu cantik...tapi macam biasa la, stiker tak reti-reti nak tampal kat casing. Nak gak tampal kat cover. Cis..bengong!!

Aku ambik gambar inlay CD je.. sebab sama je ngan inlay VCD. Ok.. discography WINGS kat dalam inlay. Banyak lagi yang aku takde rupanya..huhu..

Yang raya tu rupanya ada dua versi.. err..sapa yang ada angkat tangan.. aku takde.. so aku nak tanya.. lagu kat dalam Puisi Aidilfitri ngan Raya Bersama Mus tu sama tak?

Ni kat dalam inlay. Gambar2 masa diorang LIVE tu le.

Featuring: Jojet, Ito, Mel, Hillary dan Sham.

Design tshirt tu menarik gak.. Ok la. Malas dah aku nak taip panjang2. Cukup lah ye. So Ijau..bila mau beli?? Selamat mencari di kedai2 CD yang berdekatan ngan tempat tinggal anda.

"Hanya satu harapan kita
Sama-sama bersatu suara..
Suara... SATU suara!!"