Friday, December 14, 2012

Belum dapat...



....pegang lagi. Gambar yg di post kat aku punya fb oleh my abang. Sampai 5 Disember hari tu. Tak sabar nak belek-belek-and-play. Yang ni untuk sesi penghantaran yang kedua dari 8 keping yang diriliskan semula untuk siri Limited Edition Picture Disc. Yang ketiga nanti (Live After Death dan Powerslave) sepatutnya dijadualkan penghantaran pada Disember ni, tapi diorang tunda ke bulan Januari tahun depan, mungkin diorang nak sambut raya kot. Dah dapat pegang nanti, aku upload gambar.

Wednesday, December 12, 2012

The Best of Bloodshed Ensaiklopedia




CD yang agak lama juga dicari sejak ternampak gambarnya (cover hadapan CD ini) di laman facebook Warner Malaysia pada akhir Disember tahun lepas (2011), akhirnya berjaya dimiliki Disember tahun ni. 


Ianya sebuah kompilasi lagu-lagu terbaik dari band rock lagenda Bloodshed yang mengandungi 24 buah lagu yang dipetik daripada 3 buah album Bloodshed iaitu Ilusi Sebuah Mimpi, Samarkand dan Villa Misteri (album dimana mereka menukar nama dari BLOODSHED menjadi BLACKSHED). 

Daripada 24 buah lagu tersebut, 5 buah lagu dari album Ilusi Sebuah Mimpi, 10 buah lagu dari album Samarkand dan 9 buah lagu dari album Villa Misteri.

Tracklist:
CD 1

1. Samarkand
2. Peristiwa
3. Carilah Wajahmu 
4. Di Bendung Kasih
5. Fesyen
6. Marilah Berjuang
7. Missi
8. Ensaiklopedia Siswa
9. Bermuda
10. Mata Cinta
11. Harimau
12. Pertumpahan Darah

CD 2
1. Jangan Terpedaya
2. Tanah Air Api Angin
3. Waspada
4. Srikandi Cintaku
5. Fillo Bercandi
6. 1 & 1000
7. Kota Itu
8. Mengenggam Bara
9. Kota Itu Ilusi
10. Satria Mega
11. Panah Arjuna
12. Tangisan Salju Di Khatulistiwa

Apa? 10 buah lagu dari album Samarkand?? Satu album penuh tu. Villa Misteri kurang satu lagu (lagu Villa Misteri), kalau tak jadi album penuh juga. Untuk lagu-lagu dari album Ilusi Sebuah Mimpi....aku kecewa sebab lagu Ilusi Sebuah Mimpi tak dimasukkan sekali sebagai THE BEST.....huhuhu.

Gambar atas bumbung bangunan, dari album Ilusi Sebuah Mimpi. 

Cover depan gabungan elemen-elemen utama bagi ketiga-tiga album. Ada tangan dengan gitar (Ilusi Sebuah Mimpi), Kuda (Samarkand) dan Kerusi (Villa Misteri). 


Takde info menarik kat dalam kertas-CD-lipat-dua ni, cuma senarai lagu kat dalam. Kompilasi (2 CD) ini boleh didapati pada harga RM27.90...sekian.